Isnin, 5 September 2011

Ucapan Selamat Hari Guru

Hari guru pun sudah lepas... Kawan-kawan, ada beli apa-apa untuk guru kita?
Hadiah yang paling istimewa adalah menunjukkan perangai yang baik dan mulia. Belajar bersungguh-sungguh juga istimewa. Membuat sebuah kad yang penuh dengan kata-kata harapan pun boleh. 


Dengan itu, saya mahu mengucap SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru yang telah mengajar saya :)

Khamis, 1 September 2011

Ucapan Selamat Hari Raya

Hari Raya sudah tiba. Kawan-kawan dapat berpuasa sepenuh bulan? :)
Rugilah kalau tidak berpuasa sepanjang bulan Ramadan...
Bulan Ramadan istimewa kerana kita dapat makan bersama-sama, solat bersama-sama dan banyak lagi. Bulan Syawal pun istimewa kerana kita dapat berkumpul untuk menyambut Hari Raya dan kita pun dapat melawat saudara-mara kita :)

Pantun Hari Raya:

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.


Saya pun mengucap semua rakan dan guru saya SELAMAT HARI RAYA. Maaf Zahir Dan Batin ;)

Selasa, 2 Ogos 2011

Persiapan Saya Untuk Peperiksaan Lisan PSLE

Setelah beberapa bulan berlatih untuk peperiksaan lisan, saya telah memperbaiki lisan saya. Saya dapat membaca dengan lebih lancar dan berbual lebih tentang sebuah gambar. Saya juga dapat membuat cerita dengan lebih cepat.  Saya rasa saya bernasib baik kerana sekolah kami telah mengadakan latihan lisan setiap pagi. Setiap pagi hari Khamis, saya dan kawan-kawan saya akan berlatih untuk lisan bersama guru kami. Walaupun sudah membuat banyak persiapan, saya masih belum sedia untuk menduduki peperiksaan lisan PSLE kerana saya mahu cuba mendapat markah yang penuh. Saya rasa saya boleh berbual dengan lebih baik jika saya membaca dengan lebih kuat dan intonasi yang lebih sesuai. Saya pun harap kawan-kawan saya mendapat markah yang baik untuk peperiksaan lisan PSLE :)

Rabu, 20 Julai 2011

Faedah Menulis Blog :)

Menulis blog amat seronok :)
Menulis blog juga ada banyak faedah. Tiga contoh faedah-faedah tersebut adalah...

-Kita dapat berinteraksi dengan orang-orang di seluruh dunia selain menelefon mereka.

-Kita juga dapat mengetahui lebih tentang faedah-faedah komputer dan internet.

-Kita juga dapat menunjukkan perasaan kami terhadap sesuatu.

Dengan contoh-contoh ini, kita dapat banyak faedah menulis blog. Saya memang suka menulis blog kerana saya dapat manfaat faedah-faedahnya :)

Khamis, 7 Julai 2011

Katak Di Bawah Tempurung :)

Terdapat seorang bujang yang bernama Azman. Dia tinggal di Singapura bersendirian kerana dia tidak bersefahaman dengan keluarganya dan hanya anak sedaranya menziarahinya. Azman agak pendiam dan tidak bercampur dengan orang lain. Dia selalu bersendirian.

Pada suatu malam, apabila dia sampai rumah dari pejabatnya, dia mengalami ceret-beret lalu mengotori baju dan seluarnya dan seluar-seluarnya digantung di luar rumahnya. Tiada orang yang boleh menolongnya kerana dia tidak bercampur dengan jiran-jirannya. Oleh kerana dia dalam keadaan panik, dia tidak mampu menghidupkan lampu biliknya. Azman terus mengambil seluar dalam yang berdekatan dengannya. Tualanya pun dijemur di luar rumahnya. Demikian, dia mengambil cadar katilnya lalu menutupi badannya. Apabila dia keluar dari rumahnya, dia memastikan tiada orang lain di luar. Selepas itu, dia mengambil baju dan seluarnya. Tiba-tiba, seorang wanita sedang berjalan di koridor tersebut. Wanita tersebut ternampak Azman lalu memekik. Azman pun memekik lalu melepaskan cadar yang dia patut memegang. Semua jiran-jirannya keluar untuk melihat apa yang terjadi. Mereka pun ketawakan Azman setelah mereka ternampak seluar dalam Spongebob yang dia sedang pakai. Azman pun berasa malu.
Inilah katak di bawah tempurung. Oleh kerana dia tidak bercampur dengan orang lain, tiada orang yang boleh menolongnya :)
Ibu saya juga menolong saya :)

Rabu, 29 Jun 2011

Cuti Sekolah Jun Saya

Pada cuti sekolah bulan jun, saya pergi ke Universal Studios Singapore (USS).
Saya pergi ke sana bersama adik-beradik dan dua sepupu saya. Kami sepatut pergi ke Kuala Lumpur tetapi bapa saya tidak boleh ambil cuti pada minggu tersebut.
Kami keluar rumah awal tetapi beberapa minit kemudian, hujan turun dengan lebat dan terpaksa tunggu hujan berhenti. Kami bernasib baik kerana hujan berhenti hanya pada pukul sebelas. Kami dapat tonton cerita 'Shrek 4D'. Selepas itu, kami pergi naik 'roller-coaster' yang lain. Kami pun membawa bekal dari rumah kerana makanan di situ agak mahal. Saya rasa 'roller-coaster' di situ amat seronok terutama sekali Battlestar Galactica. Walaupun saya rasa amat takut, saya masih berasa seronok. Saya dapat naik semua permainan.


Pada minggu yang hadapan, sepupu saya, Yasmyn, tidur di rumah saya. Kami tonton wayang, pergi membeli-belah dan tonton muzikal 'The Guilty Ones' di Ngee Ann Polytechnic. Saya berasa seronok walaupun harus membuat banyak kerja sekolah...

Rabu, 18 Mei 2011

Tempat yang menakutkan di Singapura



Salah satu antara tempat-tempat yang menakutkan di Singapura adalah Pulau St John. Di pulau tersebut, terdapat banyak bangunan terbengkalai. Beberapa murid telah ke pulau tersebut untuk perkheman. Beberapa murid terdengar seseorang memanggil namanya apabila malam. Ada yang kata mereka terdengar beberapa orang berlari-lari walaupun tiada orang lain di situ. Yang lain kata mereka ternampak bayang-bayang berkeliaran di hutan dan bangunan terbengkalai. Penduduk-penduduk pulau tersebut percaya bahawa tentera-tentera Jepun telah membunuh sejumlah orang dahulu. 




Ini Hospital Lama Changi. Beberapa orang ternampak bayang-bayang,  mayat, dan mahluk lain di situ. Ada yang kata mereka ternampak seorang wanita tua yang memanggil mereka. Ada pun yang kata mereka ternampak seorang bayi yang merangkak di lantai.


Ramai orang bercerita tentang tempat-tempat yang menakutkan tetapi saya tidak boleh pastikan cerita-cerita tersebut betul atau tidak.

Rabu, 27 April 2011

Peristiwa yang saya tidak dapat lupakan

Peristiwa tersebut berlaku dua tahun yang lalu. Nenek saya bercadang untuk membawa saya dan abang saya untuk menziarahi saudara-mara kami di Penang, Malaysia. Beberapa hari kemudian, saya menyiapkan baju untuk cuti tersebut. Tidak lama kemudian, nenek saya memberitahu saya bahawa kami akan menaiki kereta api pada waktu malam. Saya terperanjat kerana saya mahu menaiki kapal terbang. Mula-mula, saya tidak sabar untuk hari itu tiba. Kemudian, saya takut saya akan rindu keluarga saya.

Apabila kami sampai di stesen kereta api tersebut, kami bersalaman lalu pergi ke kaunter imigresen untuk pemeriksaan beg kami. Tidak lama lagi, kami memasuki kereta api tersebut lalu menyimpan beg-beg kami kecuali beg yang mengandungi makanan. Beg tersebut disimpan di atas katil saya. Ya, kereta api tersebut ada katil. Tempat tidur itu bertingkat. Nenek saya di bawah, saya di atas dan abang saya di sebelah kami. Di dalam kereta api tersebut amat dingin dan saya asyik menggigil. Pada malam itu,  saya tidak dapat tidur dengan lena kerana terlalu bising dan dingin. Oleh kerana saya tidak boleh tidur, saya mendengar lagu kegemaran saya. Tingkap yang di tepi katil saya tiada langsir. Walaupun takut, saya berdoa supaya kami sampai ke destinasi dengan selamat.

Pada hari esok, kami pun sampai dan harus mengangkat beg-beg kami yang amat berat itu. Kami pun berjumpa dengan mak cik saya. Kami pun berserapan. Dia memberi saya dan abang saya banyak gula-gula getah. Saya memang gemar makan gula-gula getah. Saya tidak boleh lupakan peristiwa ini kerana inilah pertama kali saya bercuti bersama nenek saya dan inilah pertama kali saya menaiki kereta api. Apabila saya menjumpa sepupu saya, saya pun berasa gembira kerana saya ada kawan. Makanan di Penang sedap. Saya gemar makan Nasi Kandar yang nenek saya masak di situ. Saya harap nenek saya akan memasak Nasi Kandar lagi :)

Selasa, 22 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Selama Seminggu :)

Pada minggu yang lalu, saya telah pergi ke Resorts World Sentosa untuk menonton sebuah muzikal yang bertajuk 'Voyage De Lavie' bersama kakak saya, mak cik saya dan kawan-kawannya. Sebelum menonton, kami pergi makan malam.
Tiket saya berharga $108 tetapi keluarga saya atau mak cik saya tidak perlu membayar kerana mak cik saya telah mendapat beberapa tiket percuma.
Muzikal itu amat menyeronokkan! Ada yang membuat silap mata juga! 
Selepas itu, kami pulang rumah kerana sudah pukul sebelas malam :(

Pada hari Sabtu (12/03/2011), saya menghadapi penyakit selasema. Sebab itulah saya tidak ke mana-mana lagi :(

Saya rasa cuti sekolah di Singapura mencukupi kerana kami ada masa untuk berehat dan belajar untuk peperiksaan yang akan datang. Sekiranya saya Menteri Pendidikan di Singapura, saya akan memberi cuti sekolah yang mencukupi supaya para pelajar ada masa untuk rehat and bercuti bersama keluarga mereka :)

Rabu, 16 Februari 2011

Minat Saya :D (2)

Ini minat saya yang kedua! Membeli-belah bukan hobi saya tetapi saya tetap meminatinya! Saya suka makan angin bersama keluarga saya. Kami selalu pergi ke Kuala Lumpur semasa cuti sekolah. Bapa saya mempunyai apartmen di situ. Tahun lepas, keluarga saya bersama keluarga sepupu saya pergi ke Kuala Lumpur semasa cuti sekolah bulan Jun. Saya berasa seronok di situ kerana kami pdapat membeli-belah di 'Berjaya Times Square'. Di pusat membeli-belah tersebut terdapat banyak kedai dan butik. Kami pun melihat sekeliling tempat itu. Saya berasa penat kerana kami membeli-belah selama lima jam! Kaki saya pun berasa sakit. Akhirnya, ibu saya membeli gaun dan kemeja-T untuk saya. Selepas membeli-belah, kami pun pulang rumah untuk makan malam :)

Minat Saya :)

Minat saya adalah mendengar muzik. Setiap hari, saya akan mendengar muzik atau mendengar radio. Saya rasa lebih senang hati jika saya mendengar muzik saya suka. Terutama sekali ialah lagu 'pop'. Saya dan kakak saya gemar menyanyi di dalam bilik kami walaupun suara kami tidak begitu merdu. Saya memang meminati penyanyi lagu 'K-POP'. Saya meminati mereka sejak saya berumur 10 tahun :)

Jumaat, 11 Februari 2011

*Tahun Baru Cina* 3 - 4 Februari, 2011

Pada cuti umum Tahun Baru Cina (3 & 4 Februari 2011)
keluarga saya pergi ke Lapangan Terbang Changi. Saya pun sempat memetik beberapa gambar tetapi inilah gambar yang saya mahu menunjuk kamu!

 
 Ini ibu saya dan sepupu rapat saya.

 Ini sepupu saya. Dia belajar di SCGS. 
 Ini kucing saya pula. Gambar ini dipetik oleh adik saya (Amni)!

Kedua-dua gambar ini menunjukkan apa yang kami makan untuk sarapan. 
 Ini adik saya, yang bernama Amni :)
Saya harap saya boleh menunjukkan lebih gambar lain kali! Saya akan mengumpulkan gambar supaya kamu boleh lihat semua! :D


(Maafkan saya jika ada kesilapan dengan Bahasa saya)


Isnin, 24 Januari 2011

Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah

Saya akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada bulan September tahun ini. Saya berasa amat gementar kerana saya belum membuat persiapan untuk peperiksaan ini. Hari ini, saya akan mula mengulangkaji untuk mata pelajaran Matematik. Saya akan membelajar bersungguh-sugguh dan berulangkaji untuk mendapat agregat yang saya mahu iatu 250 dan ke atas. Saya pun sudah pilih sekolah menengah yang saya ingin memasuki iatu sekolah Bukit Panjang Government High. Sekarang, tiada cukup masa sebelum kami menduduki peperiksaan tersebut. Saya akan mencuba meluangkan masa untuk membelajar setiap hari :)

Khamis, 13 Januari 2011

Tentang Diri Sendiri

Tentang saya. Nama saya Anisah. Saya berada di dalam Darjah 6. Saya mempunyai banyak hobi seperti menaiki basikal bersama kakak dan abang saya, menonton televisyen, berenang dan lain-lain lagi! Saya ada seorang kakak, seorang abang dan seorang adik perempuan. Kakak saya di dalam Menengah 4 dan abang saya baharu dapat keputusan untuk 'O' level. Adik saya pula berumur tiga tahun :)

Tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan PSLE. Keluarga saya menasihati supaya saya bekerja keras untuk mencapai matlamat saya, iatu agregat 250 dan ke atas. Saya ingin mendapat gred A* untuk Bahasa Melayu, gred A untuk Bahasa Inggeris, gred A untuk subjek Sains dan gred A atau B untuk subjek Matematik. Saya akan berjanji kepada diri saya supaya saya akan bekerja keras untuk mencapai matlamat saya. ^-^

Selasa, 16 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Tahun ini membawa banyak kenangan manis dan kenangan pahit.

Kenangan manis seperti bermain Piramida. Saya berasa seronok apabila melihat kawan-kawan saya mencuba teka  jawapan yang kawannya sedang terangkan. Jika penerangan tidak jelas, orang itu tidak boleh teka dan akan memberi jawapan yang amat lucu. Saya pun suka mendengar cerita tentang guru kami semasa dia kecil. Tiga bulan yang lalu, murid-murid darjah 5 dapat melihat latihan untuk Hari Kebangsaan Singapura. Saya berasa seronok semasa melihat bunga api di langit pada masa itu. Saya pun boleh ingat semasa keluarga saya pergi ke Kuala Lumpur untuk lima hari. Kami di pusat membeli belah semasa lima jam.

Kenanagan pahit pula apabila saya mendapat kertas peperiksaan akhir tahun untuk subjek Matematik saya. Walaupun saya tidak lulus, saya akan mula belajar mata pelajaran tersebut hingga saya faham. Saya pun pergi ke Perkhemahan Darjah 5. Pada masa itu, saya amat merindui keluarga saya. Saya tidak dapat cukup tidur kerana panas dan tandas di tempat itu amat kotor. Walaupun tempat itu kotor, kami mempelajari penilai seperti bergotong-royong.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Pengalaman saya mengambil Bahasa Melayu Lanjutan

Saya telah mengambil Bahasa Melayu Lanjutan pada tahun ini. Saya rasa Bahasa Melayu Lanjutan agak susah. Selepas peperiksaan SA1, saya sedar kesilapan saya dan bermula belajar lebih keras untuk Bahasa Melayu. Saya sudah gagal dua peperiksaan Bahasa Melayu Lanjutan. Untuk peperiksaan SA2, saya dapat lulus. Saya bangga dengan markah saya. Saya harap saya mendapat markah cemerlang untuk PSLE. Untuk mencapai itu, saya harus bekerja keras dan harus mengulang kaji.

Khamis, 28 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Semasa menjelang peperiksaan, saya akan berasa takut jika saya akan gagal untuk mata pelajaran tersebut. Jika saya berfikir begitu, saya cepat terlupa apa yang harus dilakukan. Saya pun membuat persiapan awal. Saya pun harus tenang dan cuba menjawab soalan-soalan.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Nasihat Kepada Ayub (m/s 73)

Ayub,

Jangan berputus asa! Kamu harus mencuba menikmati pelajaran tersebut. Kamu juga harus berulang kaji. Jika kamu tidak faham, tanya guru kamu. Dia akan mengajar kamu. Kamu pun boleh pergi ke perpustakaan kerana suasana di tempat itu sunyi dan kamu dapat fokus. Kamu harus menikmati pelajaran tersebut kerana kamu akan fokus lebih dan memberi lebih perhatian.

Salam,
Anisah

Jumaat, 24 September 2010

Aku Manusia Moden

Ini sekuntum sajak yang saya karang semasa kelas Bahasa Melayu Lanjutan:


Aku tidak pandai bermain congkak
aku selalu kalah kepada kakak
aku tidak pandai bermain sepatu roda
aku tetap mahu mencuba


Aku bukan budak yang pandai
aku tetap lulus tetapi tidak memandai
aku bukan orang kampung
aku tidak kolot langsung


Aku manusia moden
ingin berjasa kepada negara
menjadi kebanggaan ibu dan bapa

Sajak tentang Hujan

Ada yang berkata engkaulah pembawa rahmat
yang membasahi bumi yang gersang
Benarkah apa yang dikatakan, hujan?

Ada yang berkata
engkau turun tanpa berita
membawa khabar gembira
Betulkah apa yang dikatakan, hujan?

Aku ingin seperitmu
apatah daya aku terbatas
aku hanya insan biasa
engkaulah yang menghibur tatkala duka
engkaulah inspirasi

Khamis, 16 September 2010

Hujan Air Batu

              Awan-awan gelap menutupi langit. Semasa itu, saya sedang pulang ke rumah dari sekolah. Tiba-tiba, saya terdengar bunyi batu-batu kecil jatuh ke lantai. Saya memberanikan diri lalu mendungak ke atas. Saya terkejut apabila saya ternampak ketulan-ketulan air batu jatuh dari langit. Saya terus berlari ke kolong blok untuk melindungi diri saya. Tidak lama lagi kemudian, saya berasa mengantuk. Saya pun duduk di atas lantai sambil menunggu hujan berhenti. Beberapa minit kemudian, saya tertidur. 
             
           Apabila saya bangun dari tidur, saya melihat langit. Langit sangat gelap. Namun, tiada lagi hujan air batu. Saya terus melihat jam saya. Jam saya menunjukkan pukul tujuh petang. Saya terus berlari keluar kolong lalu menyambung perjalanan saya ke rumah. Saya pasti ibu bapa saya akan berasa risau.



Khamis, 12 Ogos 2010

Pencapaian Saya

Selama ini, saya telah mencapai memperbaik bahasa saya sedikit sahaja. Sekarang, saya mencuba semangat saya untuk memperbaiki bahasa Melayu saya. Walaupun markah saya tidak yang tertinggi, saya berjaya lulus peperiksaan. Guru dan ibu bapa saya sentiasa menolong saya semasa belajar. Ibu saya selalu memberi nasihat. Walapun saya lemah dalam subjek Matematik, saya tetap mencuba dan memberi perhatian di dalam kelas. Sekarang, saya selalu diganggu semasa guru mengajar tetapi saya mencuba dengar guru saya.

Jumaat, 30 Julai 2010

Kuiz Bahasa Melayu Di Dalam Bilik Darjah

Semalam, di bilik darjah kami, guru saya mengadakan Kuiz Bahasa Melayu. Guru kami akan memberikan kami sepatah perkataan. Kami harus memberi dua makna atau contoh untuk perkataan tersebut. Kami diberikan masa sepuluh minit untuk berbincang secara kumpulan. Kami mendapat perkataan 'alamat' tetapi kami hanya mendapat menjawab satu makna yang betul. Perkara ini boleh meluaskan kosa kata dan adjektif kita semasa kita menulis sebuah karangan. Lagi satu makna untuk alamat selain alamat rumah, alamat boleh digunakan sebagai tanda.

Aktiviti " Bawa & Berborak"

Semasa saya darjah satu, saya ada aktiviti 'Bawa & Berborak'. Saya membawa sebuah kereta mainan tetapi saya tidak dapat terangkan. Guru saya tidak mengluarkan cukup masa untuk semua murid di dalam kelas untuk menerangan mainan mereka. Dalam aktiviti tersebut, kami boleh menerangkan tentang bila kami mendapat benda tersebut, bagaiman kami mendapati benda tersebut dan lain-lain lagi. Guru saya tidak memberikan masa untuk menerangkan kerana terdapat ramai murid membawa sebuah kereta mainan tetapi seronok apabila melihat rakan-rakan say menerangkan kerana say dapat tahu lebih tentang mereka.

Rabu, 28 Julai 2010

Perkhemahan Bahasa

Sekolah kami pernah mengadakan program untuk darjah 6.Mereka dapat bermain mainan tradisional Melayu. Mainan tersebut adalah tarik guni, pusing-pusing tepung, 'zero point', membuat wau, capteh, tayar basikal dan sebagainya. Kami boleh tahu lebih tentang kaum Melayu dan mengikut tradisinya.

Bengkel Penulisan Kreatif

Pada awal tahun ini, guru-guru di sekolah kami mengadakan persembahan untuk mengeluaskan imaginasi kami semasa menulis sebuah karangan. Menggunkan lima deria kami boleh meluaskan kreativiti kami. Semasa itu, setiap murid harus menulis sebuah karangan dengan menggunakan lima deria kami dan banyak adjektif. Saya berasa perkara ini agak penting kerana ini akan meluaskan karangan kita. Saya telah belajar beberapa perkataan. :)

Pertandingan Blogging

Saya berasa pertandingan ini sedikit susah. Sebelum menyertai pertandingan ini, saya selalu menggunakan Bahasa Melayu. Walapun saya ada blog sendiri, saya tidak menggunakan Bahasa Melayu. Ini boleh meningkatkan Bahasa Melayu. Walaupun susah, saya masih berasa seronok kerana saya dapat mencatat menggunakan Bahasa Melayu. Jika ada pertandingan blogging, saya mahu mencuba lagi!

Selasa, 27 Julai 2010

Lawatan Pendidikan Ke Brunei Darussalam

Pada 26 Mei 2010 - 30 Mei 2010, sekolah kami telah mengadakan lawatan pendidikan ke Brunei Darusslam. Antara semua murid Bahasa Melayu, 20 murid dipilih. Saya pun dipilih. Di Brunei, kami melawat Sekolah Rendah Junjongan, Kilang Sagu, Sawah Padi, dan lain-lain lagi. Semasa di Sekolah Rendah Jujongan, saya berkawan dengan tiga murid di sekolah itu. Di situ, kami dapat mencuba kuih-muih yang terdapat di situ. Saya suka 'Ambuyat' yang guru-guru di situ menjemput mencuba. Kami pun bermain mainan tradisional Brunei. Lawatan tersebut amat menyorokkan. Saya sudah mula merindui rakan-rakan saya di situ. Bahasa Melayu Singapura lebih senang kerana tiada Bahasa Daerah. Walaupun saya akan merindui keluarga saya, lawatan itu tetap membawa kenagan manis.

Rabu, 21 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Hari ini, kami menyambut Hari Keharmonian Kaum. Sekarang, saya tahu lebih tentang kaum-kaum yang lain. Guru-guru di sekolah kami membuat sebuah persembahan tentang kaum-kaum lain di Singapura. Saya diberitahu bahawa kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina, 'Dragon Boat Festival' dan 'Mid-Autumn Festival'. Guru-guru lain pula memakai baju tradisional kaum lain. Persembahan itu hanya memakan masa tiga puluh minit tetapi ia amat seronok. Hari Keharmonian Kaum diadakan untuk ingat tentang rusuhan perkauman pada masa dahulu. Kami harus hidup dengan harmoni! ^^

Ahad, 18 Julai 2010

Peraduan Piramida

Minggu lepas, sekolah kami mengadakan Peraduan Piramida. murid-murid dari kelas saya telah menang peraduan tersebut. Peraduan ini amat mencabar kerana kami harus meneka perkataan yang kawan kami terangkan . Dia tidak boleh menggunakan perkataan tersebut. Kami harus meneka sebanyak perkataan dalam masa satu minit. Saya mahu mencuba bermain Piramida semasa masa lapang saya. :)

Ahad, 11 Julai 2010

Peraduan Berbahasa Melayu

Saya pernah bermain Sahibba antara kawan-kawan saya semasa masa lapang. Pertandingan Sahibba agak mercabarkan kerana saya harus tahu banyak perkataan untuk memenangi pertandingan itu. Saya menjadi risau dan takut apabila kawan-kawan saya menggunakan perkataan-perkataan lebih panjang. -Jika kamu menggunakan perkataan-perkataan yang panjang, lebih banyak markah akan diberikan. Saya asyik kalah kerena bahasa Melayu saya tidak kuat, tetapi saya tetap mencuba permainan tersebut. Pertandingan Sahibba boleh meluaskan kosa kata kami. Apabila sudah sedikit tempat di papan tulis, saya terpaksa menggunakan perkataan-perkataan pendek. Walaupun saya tidak memenangi pertandingan tersebut, saya masih berasa seronok semasa bermain dengan kawan-kawan saya.

Jumaat, 2 Julai 2010

Aktiviti berbahasa Melayu

Terdapat banyak aktiviti berbahasa Melayu. Antara semua, saya suka peraduan sahibba. Aktiviti ini akan memperbaiki kosa kata kita. Saya harus memperbaiki kosa kata saya supaya lebih seronok apabila kita bermain.Membaca banyak buku akan meluaskan kosa kata dan imaginasi kita. Peraduan Sahibba lebih susah apabila kami harus menggunakan perkataan dengan dua huruf tetapi saya masih suka bermain sahibba kerana ia agak seronok.