Tahun ini membawa banyak kenangan manis dan kenangan pahit.
Kenangan manis seperti bermain Piramida. Saya berasa seronok apabila melihat kawan-kawan saya mencuba teka jawapan yang kawannya sedang terangkan. Jika penerangan tidak jelas, orang itu tidak boleh teka dan akan memberi jawapan yang amat lucu. Saya pun suka mendengar cerita tentang guru kami semasa dia kecil. Tiga bulan yang lalu, murid-murid darjah 5 dapat melihat latihan untuk Hari Kebangsaan Singapura. Saya berasa seronok semasa melihat bunga api di langit pada masa itu. Saya pun boleh ingat semasa keluarga saya pergi ke Kuala Lumpur untuk lima hari. Kami di pusat membeli belah semasa lima jam.
Kenanagan pahit pula apabila saya mendapat kertas peperiksaan akhir tahun untuk subjek Matematik saya. Walaupun saya tidak lulus, saya akan mula belajar mata pelajaran tersebut hingga saya faham. Saya pun pergi ke Perkhemahan Darjah 5. Pada masa itu, saya amat merindui keluarga saya. Saya tidak dapat cukup tidur kerana panas dan tandas di tempat itu amat kotor. Walaupun tempat itu kotor, kami mempelajari penilai seperti bergotong-royong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan