Selasa, 2 Ogos 2011
Persiapan Saya Untuk Peperiksaan Lisan PSLE
Setelah beberapa bulan berlatih untuk peperiksaan lisan, saya telah memperbaiki lisan saya. Saya dapat membaca dengan lebih lancar dan berbual lebih tentang sebuah gambar. Saya juga dapat membuat cerita dengan lebih cepat. Saya rasa saya bernasib baik kerana sekolah kami telah mengadakan latihan lisan setiap pagi. Setiap pagi hari Khamis, saya dan kawan-kawan saya akan berlatih untuk lisan bersama guru kami. Walaupun sudah membuat banyak persiapan, saya masih belum sedia untuk menduduki peperiksaan lisan PSLE kerana saya mahu cuba mendapat markah yang penuh. Saya rasa saya boleh berbual dengan lebih baik jika saya membaca dengan lebih kuat dan intonasi yang lebih sesuai. Saya pun harap kawan-kawan saya mendapat markah yang baik untuk peperiksaan lisan PSLE :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan