Rabu, 18 Mei 2011
Tempat yang menakutkan di Singapura
Salah satu antara tempat-tempat yang menakutkan di Singapura adalah Pulau St John. Di pulau tersebut, terdapat banyak bangunan terbengkalai. Beberapa murid telah ke pulau tersebut untuk perkheman. Beberapa murid terdengar seseorang memanggil namanya apabila malam. Ada yang kata mereka terdengar beberapa orang berlari-lari walaupun tiada orang lain di situ. Yang lain kata mereka ternampak bayang-bayang berkeliaran di hutan dan bangunan terbengkalai. Penduduk-penduduk pulau tersebut percaya bahawa tentera-tentera Jepun telah membunuh sejumlah orang dahulu.
Ini Hospital Lama Changi. Beberapa orang ternampak bayang-bayang, mayat, dan mahluk lain di situ. Ada yang kata mereka ternampak seorang wanita tua yang memanggil mereka. Ada pun yang kata mereka ternampak seorang bayi yang merangkak di lantai.
Ramai orang bercerita tentang tempat-tempat yang menakutkan tetapi saya tidak boleh pastikan cerita-cerita tersebut betul atau tidak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan