Khamis, 13 Januari 2011

Tentang Diri Sendiri

Tentang saya. Nama saya Anisah. Saya berada di dalam Darjah 6. Saya mempunyai banyak hobi seperti menaiki basikal bersama kakak dan abang saya, menonton televisyen, berenang dan lain-lain lagi! Saya ada seorang kakak, seorang abang dan seorang adik perempuan. Kakak saya di dalam Menengah 4 dan abang saya baharu dapat keputusan untuk 'O' level. Adik saya pula berumur tiga tahun :)

Tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan PSLE. Keluarga saya menasihati supaya saya bekerja keras untuk mencapai matlamat saya, iatu agregat 250 dan ke atas. Saya ingin mendapat gred A* untuk Bahasa Melayu, gred A untuk Bahasa Inggeris, gred A untuk subjek Sains dan gred A atau B untuk subjek Matematik. Saya akan berjanji kepada diri saya supaya saya akan bekerja keras untuk mencapai matlamat saya. ^-^

1 ulasan:

  1. Cikgu gembira Anisah mahu gred A* untuk bahasa Melayu. Namun, subjek Matematik juga mesti dapatkan gred A juga ya!

    BalasPadam