Jumaat, 24 September 2010

Sajak tentang Hujan

Ada yang berkata engkaulah pembawa rahmat
yang membasahi bumi yang gersang
Benarkah apa yang dikatakan, hujan?

Ada yang berkata
engkau turun tanpa berita
membawa khabar gembira
Betulkah apa yang dikatakan, hujan?

Aku ingin seperitmu
apatah daya aku terbatas
aku hanya insan biasa
engkaulah yang menghibur tatkala duka
engkaulah inspirasi

1 ulasan:

  1. Cikgu suka bahagian 'engkaulah yang menghibut tatkala duka'. Ada benarnya. Kadang kala apabila hujan turun, Cikgu rasa ketenangan dan aman, entah mengapa...Mungkin itulah hikmahnya. =)

    BalasPadam