Terdapat seorang bujang yang bernama Azman. Dia tinggal di Singapura bersendirian kerana dia tidak bersefahaman dengan keluarganya dan hanya anak sedaranya menziarahinya. Azman agak pendiam dan tidak bercampur dengan orang lain. Dia selalu bersendirian.
Pada suatu malam, apabila dia sampai rumah dari pejabatnya, dia mengalami ceret-beret lalu mengotori baju dan seluarnya dan seluar-seluarnya digantung di luar rumahnya. Tiada orang yang boleh menolongnya kerana dia tidak bercampur dengan jiran-jirannya. Oleh kerana dia dalam keadaan panik, dia tidak mampu menghidupkan lampu biliknya. Azman terus mengambil seluar dalam yang berdekatan dengannya. Tualanya pun dijemur di luar rumahnya. Demikian, dia mengambil cadar katilnya lalu menutupi badannya. Apabila dia keluar dari rumahnya, dia memastikan tiada orang lain di luar. Selepas itu, dia mengambil baju dan seluarnya. Tiba-tiba, seorang wanita sedang berjalan di koridor tersebut. Wanita tersebut ternampak Azman lalu memekik. Azman pun memekik lalu melepaskan cadar yang dia patut memegang. Semua jiran-jirannya keluar untuk melihat apa yang terjadi. Mereka pun ketawakan Azman setelah mereka ternampak seluar dalam Spongebob yang dia sedang pakai. Azman pun berasa malu.
Inilah katak di bawah tempurung. Oleh kerana dia tidak bercampur dengan orang lain, tiada orang yang boleh menolongnya :)
Ibu saya juga menolong saya :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan