Rabu, 16 Februari 2011

Minat Saya :D (2)

Ini minat saya yang kedua! Membeli-belah bukan hobi saya tetapi saya tetap meminatinya! Saya suka makan angin bersama keluarga saya. Kami selalu pergi ke Kuala Lumpur semasa cuti sekolah. Bapa saya mempunyai apartmen di situ. Tahun lepas, keluarga saya bersama keluarga sepupu saya pergi ke Kuala Lumpur semasa cuti sekolah bulan Jun. Saya berasa seronok di situ kerana kami pdapat membeli-belah di 'Berjaya Times Square'. Di pusat membeli-belah tersebut terdapat banyak kedai dan butik. Kami pun melihat sekeliling tempat itu. Saya berasa penat kerana kami membeli-belah selama lima jam! Kaki saya pun berasa sakit. Akhirnya, ibu saya membeli gaun dan kemeja-T untuk saya. Selepas membeli-belah, kami pun pulang rumah untuk makan malam :)

2 ulasan:

  1. Takkan tiap-tiap tahun asyik bercuti di Kuala Lumpur saja. Tempat lain tidak ada ke?

    BalasPadam
  2. Memang cikgu. SELALU pergi ke sana :(

    BalasPadam