Pada cuti sekolah bulan jun, saya pergi ke Universal Studios Singapore (USS).
Saya pergi ke sana bersama adik-beradik dan dua sepupu saya. Kami sepatut pergi ke Kuala Lumpur tetapi bapa saya tidak boleh ambil cuti pada minggu tersebut.
Kami keluar rumah awal tetapi beberapa minit kemudian, hujan turun dengan lebat dan terpaksa tunggu hujan berhenti. Kami bernasib baik kerana hujan berhenti hanya pada pukul sebelas. Kami dapat tonton cerita 'Shrek 4D'. Selepas itu, kami pergi naik 'roller-coaster' yang lain. Kami pun membawa bekal dari rumah kerana makanan di situ agak mahal. Saya rasa 'roller-coaster' di situ amat seronok terutama sekali Battlestar Galactica. Walaupun saya rasa amat takut, saya masih berasa seronok. Saya dapat naik semua permainan.
Pada minggu yang hadapan, sepupu saya, Yasmyn, tidur di rumah saya. Kami tonton wayang, pergi membeli-belah dan tonton muzikal 'The Guilty Ones' di Ngee Ann Polytechnic. Saya berasa seronok walaupun harus membuat banyak kerja sekolah...
Wah! Tentu seronokkan? Saya tidak dapat peluang untuk pergi ke USS kerana terlalu mahal... Ayah saya kata bahawa dia akan membawa kami sekeluarga ke USS apabila saya memasuki aliran ekspress.
BalasPadamMemang seronok. Selepas kamu melawat tempat itu, kamu ceritakanlah tentang lawatan kamu :)
BalasPadamWah, pergi USS ye...pengalaman kamu pasi menyeronokkan. Cikgu pernah pergi ke USS tetapi masih banyak permainan yang masih tutup. Itu yang membuat Cikgu rasa agak hampa pergi ke sana. Namun, masa bersama keluarga memang seronok tidak kira di mana kita berada. Betul tak?
BalasPadamBetul :)
BalasPadamtentu seronok , terutama sekali Galactica & Revenge of the Mummy <3
BalasPadam