Peristiwa tersebut berlaku dua tahun yang lalu. Nenek saya bercadang untuk membawa saya dan abang saya untuk menziarahi saudara-mara kami di Penang, Malaysia. Beberapa hari kemudian, saya menyiapkan baju untuk cuti tersebut. Tidak lama kemudian, nenek saya memberitahu saya bahawa kami akan menaiki kereta api pada waktu malam. Saya terperanjat kerana saya mahu menaiki kapal terbang. Mula-mula, saya tidak sabar untuk hari itu tiba. Kemudian, saya takut saya akan rindu keluarga saya.
Apabila kami sampai di stesen kereta api tersebut, kami bersalaman lalu pergi ke kaunter imigresen untuk pemeriksaan beg kami. Tidak lama lagi, kami memasuki kereta api tersebut lalu menyimpan beg-beg kami kecuali beg yang mengandungi makanan. Beg tersebut disimpan di atas katil saya. Ya, kereta api tersebut ada katil. Tempat tidur itu bertingkat. Nenek saya di bawah, saya di atas dan abang saya di sebelah kami. Di dalam kereta api tersebut amat dingin dan saya asyik menggigil. Pada malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena kerana terlalu bising dan dingin. Oleh kerana saya tidak boleh tidur, saya mendengar lagu kegemaran saya. Tingkap yang di tepi katil saya tiada langsir. Walaupun takut, saya berdoa supaya kami sampai ke destinasi dengan selamat.
Pada hari esok, kami pun sampai dan harus mengangkat beg-beg kami yang amat berat itu. Kami pun berjumpa dengan mak cik saya. Kami pun berserapan. Dia memberi saya dan abang saya banyak gula-gula getah. Saya memang gemar makan gula-gula getah. Saya tidak boleh lupakan peristiwa ini kerana inilah pertama kali saya bercuti bersama nenek saya dan inilah pertama kali saya menaiki kereta api. Apabila saya menjumpa sepupu saya, saya pun berasa gembira kerana saya ada kawan. Makanan di Penang sedap. Saya gemar makan Nasi Kandar yang nenek saya masak di situ. Saya harap nenek saya akan memasak Nasi Kandar lagi :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan