Rabu, 21 Julai 2010
Hari Keharmonian Kaum
Hari ini, kami menyambut Hari Keharmonian Kaum. Sekarang, saya tahu lebih tentang kaum-kaum yang lain. Guru-guru di sekolah kami membuat sebuah persembahan tentang kaum-kaum lain di Singapura. Saya diberitahu bahawa kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina, 'Dragon Boat Festival' dan 'Mid-Autumn Festival'. Guru-guru lain pula memakai baju tradisional kaum lain. Persembahan itu hanya memakan masa tiga puluh minit tetapi ia amat seronok. Hari Keharmonian Kaum diadakan untuk ingat tentang rusuhan perkauman pada masa dahulu. Kami harus hidup dengan harmoni! ^^
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan